Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam
mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim
menyembelih anaknya yang bernama Ismail.
Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim
pun memberitahu isterinya yang bernama Siti
Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan
Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu
hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu
merupakan wahyu, wajiblah dituruti. ” Apabila
mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata
kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini
merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia
merelakan diriku untuk disembelih. ”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya
Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail
untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak
menyembelih anaknya telah sampai kepada
pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat
orang ramai takut sehingga ada yang
mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim
mungkin sudah gila hinggakan mahu
menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan
perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya. ”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya,
namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T
terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya
Ismail sampai pada tempat yang dituju,
berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir
cara yang baik untuk menyembelih adalah
dengan cara aku disembelih dalam keadaan
menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup.
Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang
yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada
leherku. ”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan
perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam
mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah
atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya
pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah
mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang
manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar
dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat
yang disembelihnya itu bukanlah anaknya
melainkan seekor kibas. Dengan memuji
kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun
berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan
kerana memberi kekuatan sehingga dapat
melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
demikiaan sejarah idhul adha